News and Event

News and Event (88)

[9 Mei 2024] Bertempat di Bilik Sri Cemerlang satu telah berlangsung Bengkel Pembangunan Myportfolio bagi Pusat Perumahan Pelajar.
Untuk makluman, Pembangunan Myportfolio ini merupakan antara KPI yang ditetapkan bagi PPP untuk tahun 2024.
Terima kasih diucapkan kepada YM Raja Shah Erman Bin Raja Arifin, Timbalan Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia dan Puan Salfarina Omar yabg sudi berkongsi kepakaran dan ilmu bersama PPP.


Pusat Perumahan Pelajar UniMAP telah menyertai Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan (SPARK) pada 20-22 Mei 2024 dan sukacitanya dimaklumkan bahawa 4 kertas kerja telah terpilih untuk dibentangkan pada seminar tersebut. Pasukan UniMAP telah berjaya memenangi dua anugerah utama yang dipertandingkan iaitu
A)Anugerah Pembentang Kertas Kerja Terbaik di menangi oleh Pn Noora Bint Md Yusof bagi Kertas Kerja Pengurusan Pakej Bungkusan Pelajar oleh Pusat Perumahan Pelajar di Universiti Malaysia Perlis
B)Anugerah Pembentang Kertas Kerja melalui Poster Terbaik di menangi oleh Ts Dr Syamir Alihan Showkat Ali bagi Kertas Kerja
Pengurusan Pusat Perumahan Pelajar Universiti Malaysia Perlis dalam pengendalian 100% Penempatan Pelajar
Bersama ahli pasukan kemenangan lain:
Pn Nur Fadzliah Othman
Ts Dr Mohd Wafi Nasrudin
Turut hadir sama adalah:
En Ahmad Nizam Che Kasim
En Mohd Azim Rosli
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pentadbir PPP




Monday, 24 June 2024 11:01

UniMAP Open Day @ Pusat Perumahan Pelajar

Written by
25 Mei 2024 | UniMAP Open Day @ Pusat Perumahan Pelajar
Hari pertama UniMAP Open Day sempena Jom Masuk U 2024 (Zon Utara).. lebih daripada 200 org pelajar tingkatan 4,5&6 dari sekolah-sekolah sekitar Perlis & Kedah telah hadir bagi sesi lawatan bilik contoh di Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan Kolej Kediaman dan lawatan kemudahan sokongan dan bilik penginapan pelajar. Sesi lawatan telah dijayakan melibatkan kerjasama staf pentadbiran Pusat Perumahan Pelajar dan Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK) KKTTF. Semoga program ini mampu memberikan impak positif dan menarik minat pelajar- pelajar untuk memilih UniMAP sebagai institusi pendidikan bagi menyambung sesi pengajian mereka. Terima kasih kepada semua staf & pelajar yang terlibat utk harini..
 
 

Majlis Penghuni Kolej Kediaman Kompleks Perumahan Pauh Putra telah menganjurkan Kembara Akademik & Khidmat Masyarakat di Medan  Indonesia. Program ini telah dilaksanakan selama lima hari empat malam (2 - 6 Jun 2023) melibatkan 30 pelajar terpilih untuk sesi 2022/2023 manakala tiga orang staf kolej kediaman sebagai pengiring. Program ini mendapat kerjasama daripada Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) melibatkan penyediaan tempat program dan pengangkutan sepanjang di sana. Sepanjang berada di sana, peserta telah melaksanakan beberapa aktiviti utama seperti berikut: 

A) Khidmat Masyarakat di Panti Asuhan Putri Aisyiyah, Medan 

B) Syarahan Akademik bertajuk “Memugar Makna Kesantunan Berbahasa: Analisis Sebuah Lagu Rakyat Dari Sudut Sastera” yang disampaikan Dr. Noriha Basir kepada 38 orang mahasiswa UMSU.  

C) Sumbangan dan lawatan di Kampung Tomok Sumasir, Danau Toba. 

D) Sesi temu bual di UMSU FM melibatkan pengiring dan peserta.  

 

Sesi suai kenal melibatkan mahasiswa UMSU dan UniMAP turut diadakan.  Mereka bertukar-tukar pandangan serta mahasiswa UniMAP mempersembahkan nyanyian lagu Lemak Manis semasa sesi tersebut.   Lawatan di sekitar tempat menarik dan bersejarah seperti Masjid Raya dan Istana Maimon juga diadakan kerana bandar ini terkenal sebagai bandar bersejarah yang unik dan menarik.


Inspection Jawatankuasa Premis Perniagaan UniMAP di Kafeteria-kafeteria Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah Pada 9 Jun 2023

 

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan isu semasa dan penyelenggaraan berkaitan blok penginapan pelajar di Kompleks Perumahan Tan Sri Aishah Ghani, UniMAP Wang Ulu telah diadakan pada 24 Mei 2023 dan dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Rizalafande Bin Che Ismail yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (HEPA). Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil dari Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Hartanah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan wakil dari Syarikat Air Perlis.

 

Pada 12 Mei 2023 Pusat Perumahan Pelajar telah menerima lawatan penanda aras dari Pengurusan Kolej Kediaman Darul Quran JAKIM.
Lawatan penanda aras ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan pengurusan kolej kediaman. Semoga dengan perkongsian pengalaman & pengetahuan yang dikongsikam dapat memberikan manfaat buat kita semua inshaAllah..
 

MESYUARAT INFRA KOLEJ KEDIAMAN KALI KE-3 BIL.2/2023 PADA 11 MEI 2023 BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT KOLEJ KEDIAMAN TUANKU TENGKU FAUZIAH

Mesyuarat Perancangan Penempatan Pelajar Sidang Akademik 2023/2024 bersama wakil-wakil Fakulti dan Pengurusan Akademik telah diadakan pada 5 Mei 2023 bagi membincangkan perancangan penempatan penginapan pelajar- pelajar bagi kemasukan Sidang Akademik 2023/2024.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor HEPA
Page 1 of 7