PANDUAN AM PENDAFTARAN PELAJAR
- Semua pelajar WAJIB tinggal di Kolej Kediaman. Walaubagaimanapun, pelajar yang telah berkahwin & menetap di negeri perlis boleh membuat permohonan menginap di luar kampus. Mohon rujuk prosedur permohonan tinggal diluar kampus (Syarat Permohonan Klik Sini):.
-
Pihak pengurusan Kolej Kediaman tidak menyediakan kemudahan bantal, cadar dan sarung bantal kepada pelajar. Oleh itu, pelajar diwajibkan membawa sendiri bantal serta set cadar dan sarung bantal (sekurang-kurangnya dua (2) helai) dari rumah.
- Penginapan di Kolej kediaman adalah ditetapkan mengikut pusat pengajian. Pelajar tidak dibenarkan untuk memilih kolej kediaman.
-
Pelajar baharu TIDAK DIBENARKAN membawa kenderaan. Pihak universiti telah menyediakan pengangkutan untuk para pelajar berulang-alik ke kuliah.
BIL |
KESALAHAN |
HUKUMAN MINIMA |
HUKUMAN MAKSIMA |
1. |
Membenarkan jantina berlainan memasuki atau berada di rumah penginapan. |
Koridor - RM50.00 ( Selepas pukul 12.00 tengahmalam) Dalam rumah-RM100.00 Dalam Bilik – RM100.00 atau Dipindahkan ke Kolej Kediaman lain |
Digantung Kolej selama 1 Semester |
2. |
Menghalang atau menahan seseorang Pegawai, Pekerja atau Agen kolej daripada memasuki bilik pelajar kerana menjalankan tugas. |
Denda RM50.00 |
Denda RM100.00 |
3. |
Seseorang pelajar menetap berada diluar kawasan asrama selepas jam 12.00 tengah malam tanpa kebenaran. |
Denda RM30.00 |
Denda RM100.00 |
4. |
Membenarkan orang lain (bukan penghuni tetap) menghuni secara haram di dalam rumah penginapan selepas waktu tengah malam. |
Denda RM50.00 |
Denda RM100.00 |
5. |
Mengotorkan atau mencacatkan atau merosakkan atau menghilangkan sebarang kemudahan atau peralatan atau harta benda Kolej Kediaman |
RM50.00 atau Gantirugi dikenakan sebanyak 2 kali ganda nilai barang mengikut mana yang lebih tinggi. |
Digantung Kolej selama 1 Semester |
6. |
Kacau ganggu atau menyebabkan kesusahan kepada orang lain dalam menggunakan kemudahan-kemudahan di asrama. |
Denda RM30.00 |
Denda RM100.00 |
7. |
Menukar bilik atau Kolej Kediaman tanpa kebenaran |
Denda RM30.00 dan Kembali ke bilik asal. |
Denda RM100.00 dan Kembali ke bilik asal. |
8. |
Menyewakan bilik kepada orang lain |
Denda RM100.00 |
Digantung Kolej selama 1 semester. |
9. |
Pelajar yang menyewa bilik dari penghuni berdaftar |
Denda RM50.00 dan Sewaan bilik mengikut kadar hari yang ditentukan oleh pihak Kolej Kediaman |
Denda RM100.00 dan Sewaan bilik mengikut kadar hari yang ditentukan oleh pihak Kolej Kediaman |
10. |
Membenarkan Pelawat berada di kawasan Kolej Kediaman melebihi masa yang dibenarkan. |
Denda RM30.00 |
Denda RM100.00 |
11. |
Tidak mengosongkan bilik atau berpindah dari tempat tinggal pada tarikh yang ditetapkan. |
Denda bayaran sewa harian bagi setiap hari yang pelajar tinggal. |
Denda bayaran 3 kali ganda sewa harian bagi setiap hari yang pelajar tinggal. |
12. |
Tidak memulangkan kunci pada tarikh yang ditetapkan. |
Denda RM30.00 |
Denda RM50.00 |
13. |
Hilang Kunci |
Denda RM15.00 |
Denda RM50.00 |
14. |
Memasang kunci tambahan tanpa kebenaran. |
Denda RM30.00 dan Kunci tersebut dirampas. |
Denda RM50.00 dan Kunci tersebut dirampas. |
15. |
Memindahkan harta benda Kolej Kediaman dari tempat asalnya tanpa kebenaran pihak Pengurusan Kolej Kediaman. |
Denda RM30.00 dan Pindahkan semula ke tempat asal |
Denda RM50.00 dan Pindahkan semula ke tempat asal |
16. |
Membawa atau menyimpan makanan yang tidak halal. |
Denda RM20.00 |
Denda RM50.00 |
17. |
Membawa atau menyimpan makanan yang memabukkan ke dalam rumah penginapan seperti arak, tuak dan sebagainya. |
RM100.00 dan makanan dirampas |
Gantung Pengajian selama 1 semster dan makanan dirampas |
18. |
Memelihara haiwan di dalam kawasan Kolej Kediaman |
Amaran
|
Denda RM50.00 Dan Haiwan dirampas. |
19. |
Melakukan pendawaian haram atau pengubahsuaian yang tidak dibenarkan terhadap kemudahan elektrik dalam rumah kediaman. |
Denda RM100.00 |
Digantung Kolej selama 1 semester. |
20. |
Melakukan pembaziran elektrik dan air di rumah penginapan. |
Denda RM50.00 seorang |
Denda RM100.00 seorang |
21. |
Tidak menggunakan cadar dan sarung bantal pada setiap masa atau menggunakan kain cadar atau sarung bantal yang kotor |
Denda RM20.00 |
Denda RM50.00 setiap kesalahan |
22. |
Melakukan kegiatan atau perlakuan yang mengganggu ketenteraman Kolej Kediaman |
Amaran
|
Denda RM50.00 seorang |
23. |
Merosakkan atau menyalahgunakan alat pemadam api atau alat pencegahan kebakaran |
Denda RM100.00 |
Digantung Kolej Kediaman 1 Semester |
BIL |
KESALAHAN |
HUKUMAN MINIMA |
HUKUMAN MAKSIMA |
24. |
Memiliki dan menggunakan pemanas air yang diharamkan |
Denda RM30.00 dan Alat dirampas |
Denda RM100.00 dan Alat dirampas |
25. |
Memiliki atau menggunakan alat elektrik yang tidak dibenarkan selain daripada yang disediakan oleh pihak Kolej Kediaman |
Denda RM30.00 setiap alat dan Alat dirampas |
Denda RM100.00 setiap alat dan Alat dirampas |
26. |
Memiliki senjata-senjata yang berbahaya dan salah disisi undang-undang. |
Denda RM50.00 setiap barang dan Alat dirampas |
Denda RM100.00 atau Digantung Kolej Kediaman selama 1 Semester . |
27. |
Mengadakan atau menyertai perkumpulan haram atau aktiviti sosial dalam Kolej Kediaman tanpa kebenaran Pengetua Kolej. |
Amaran |
Digantung Pengajian |
28. |
Memasak di kolej kediaman |
Denda RM30.00 dan Alat dirampas |
Denda RM100.00 dan Alat dirampas |
29. |
Menyalakan api atau melakukan ujikaji dengan menggunakan bahan kimia mudah terbakar dan berbahaya |
Denda RM50.00 dan Alat dirampas |
Denda RM100.00 dan Alat dirampas |
30. |
Tidak mengemas bilik atau tidak mencuci atau membuang sampah di dalam bilik. |
Denda RM30.00 |
Denda RM50.00 setiap penghuni |
31. |
Merokok / Sisha di kawasan larangan i. Memiliki ii. Menghisap iii. Menjual / Mengedar |
Denda RM30.00 Denda RM50.00 Denda RM50.00 |
Denda RM100.00 Denda RM100.00 Denda RM100.00 |
32. |
Melakukan kegiatan atau upacara pemujaan dalam rumah penginapan
|
Amaran dan Keluarkan barang atau alat pemujaan. |
Denda RM100.00 dan Keluarkan barang atau alat pemujaan. |
33. |
Mencuri atau melakukan peras ugut |
Denda RM100.00 |
Gantung Kolej Kediaman selama 1 Semester |
34. |
Melakukan kegiatan buli dan “ragging” |
Gantung Pengajian |
Diberhentikan |
35. |
Bergaduh a) Sesama Pelajar i . Tanpa senjata
ii. Dengan senjata
b) Dengan Kakitangan UniMAP atau Orang Awam i. Tanpa senjata ii. Dengan senjata |
Denda RM 50.00 (Jika berkumpulan setiap seorang)
Denda RM 100.00 (Jika berkumpulan setiap seorang)
(Ikut laporan jika kes jenayah, ikut keputusan mahkamah) jika tiada laporan polis maka denda RM 100.00 |
Gantung Pengajian
Gantung Pengajian
Gantung Pengajian atau Diberhentikan |
36. |
Mengintai atau melakukan perlakuan yang boleh dianggap persediaan untuk mengintai. |
Denda RM50.00 dan Dirujuk kepada Kaunselor |
Denda RM100.00 atau Gantung Pengajian |
37. |
Bermain judi atau permainan yang ada unsur pertaruhan |
Denda RM100.00 setiap seorang |
Gantung Pengajian |
38. |
Berdua-duaan lelaki dan perempuan di kawasan yang mencurigakan dalam Kolej Kediaman |
Amaran dan Denda RM100.00 |
Digantung Kolej selama 1 semester |
39. |
Melanggar peraturan sahsiah rupa diri (termasuk tidak memakai Kad Pelajar dalam kawasan Universiti) |
Amaran |
Denda RM100.00 |
40. |
Berkelakuan Biadap atau tidak sopan terhadap Kakitangan Universiti |
Amaran |
Denda RM100.00 |
41. |
Membawa atau meletak kenderaan di kawasan larangan Kolej. |
Denda RM30.00 |
Denda RM50.00 |
42. |
Membuat ampaian di tempat yang tidak dibenarkan. |
Denda RM10.00 |
Denda RM50.00 |
43. |
Menampal poster tanpa kebenaran Pengetua Kolej Kediaman. |
Denda RM30.00 |
Denda RM100.00 |
44. |
Bermain mercun atau bunga api. |
Denda RM50.00 |
Denda RM100.00 |
45. |
Penyiaran haram, surat layang samaada dalam bentuk cetak dan elektronik.(termasuk secara sistem pesanan ringkas) |
Denda RM100.00 |
Gantung Pengajian |
46. |
Pelajar lelaki memiliki atau menyimpan pakaian atau alat-alat wanita di dalam rumah penginapan. |
Denda RM30.00 |
Denda RM50.00 |
47. |
Menjalankan sebarang perniagaan di kolej kediaman tanpa kebenaran. |
Amaran dan Denda RM30.00 |
Denda RM50.00 |
48. |
Penyalahgunaan perisian komputer di kolej |
Denda RM50.00 |
Denda RM100.00 |
49. |
Mencuri i. Harta Rakan
ii. Harta UniMAP
iii. Harta Kakitangan UniMAP atau Orang Awam |
Denda RM 100.00
Denda RM 100.00
Digantung Pengajian (Jika kes jenayah ikut keputusan mahkamah) |
Digantung Pengajian
Digantung Pengajian
Diberhentikan |
Sebarang pertanyaan berkaitan Kolej Kediaman sila layari pautan berikut: