PANDUAN AM PENDAFTARAN PELAJAR

PAKEJ RUMAH TAMU MADANI
SENARAI KEPERLUAN ASAS UNTUK DIBAWA KE KOLEJ KEDIAMAN
DASAR PENGINAPAN
  • Semua pelajar  WAJIB tinggal di Kolej Kediaman. Walaubagaimanapun, pelajar yang telah berkahwin & menetap di negeri perlis boleh membuat permohonan menginap di luar kampus. Mohon rujuk prosedur permohonan tinggal diluar kampus (Syarat Permohonan Klik Sini):.     
  • Pihak pengurusan Kolej Kediaman tidak menyediakan kemudahan bantal, cadar dan sarung bantal kepada pelajar. Oleh itu, pelajar diwajibkan membawa sendiri bantal serta set cadar dan sarung bantal (sekurang-kurangnya dua (2) helai) dari rumah.                       

  • Penginapan di Kolej kediaman adalah ditetapkan mengikut pusat pengajian. Pelajar tidak dibenarkan untuk memilih kolej kediaman.
YURAN PENGINAPAN
KEMUDAHAN PENGINAPAN

 


KEMUDAHAN LAIN DI KOLEJ KEDIAMAN

 


PERALATAN ELEKTRIK YANG DIBENARKAN DI KOLEJ KEDIAMAN

 

PENGANGKUTAN
  • Pelajar baharu TIDAK DIBENARKAN membawa kenderaan. Pihak universiti telah menyediakan pengangkutan untuk para pelajar berulang-alik ke kuliah.

     

KESALAHAN & DENDA KOLEJ KEDIAMAN

 

BIL

KESALAHAN

HUKUMAN MINIMA

HUKUMAN MAKSIMA

1.

Membenarkan jantina berlainan memasuki atau berada di rumah penginapan.

Koridor - RM50.00

( Selepas pukul 12.00 tengahmalam)

Dalam rumah-RM100.00

Dalam Bilik – RM100.00

atau

Dipindahkan ke Kolej Kediaman lain

Digantung Kolej selama 1 Semester

2.

Menghalang atau menahan seseorang Pegawai, Pekerja atau Agen kolej daripada memasuki bilik pelajar kerana menjalankan tugas.

Denda RM50.00

Denda RM100.00

3.

Seseorang pelajar menetap berada diluar kawasan asrama selepas jam 12.00 tengah malam tanpa kebenaran.

Denda RM30.00

Denda RM100.00

4.

Membenarkan orang lain (bukan penghuni tetap) menghuni secara haram di dalam rumah penginapan selepas waktu tengah malam.

Denda RM50.00

Denda RM100.00

5.

Mengotorkan atau mencacatkan atau merosakkan atau menghilangkan sebarang kemudahan atau peralatan atau harta benda Kolej Kediaman

RM50.00

atau

Gantirugi dikenakan sebanyak 2 kali ganda nilai barang mengikut mana yang lebih tinggi.

Digantung Kolej selama  1 Semester

6.

Kacau ganggu atau menyebabkan kesusahan kepada orang lain dalam menggunakan kemudahan-kemudahan di asrama.

Denda RM30.00

Denda RM100.00

7.

Menukar bilik atau Kolej Kediaman tanpa kebenaran

Denda RM30.00

dan

Kembali ke bilik asal.

Denda RM100.00

dan

Kembali ke bilik asal.

8.

Menyewakan bilik kepada orang lain

Denda RM100.00

Digantung Kolej selama 1 semester.

9.

Pelajar yang menyewa bilik dari penghuni berdaftar

Denda RM50.00

dan

Sewaan bilik mengikut kadar hari yang ditentukan oleh pihak Kolej Kediaman

Denda RM100.00

dan

Sewaan bilik mengikut kadar hari yang ditentukan oleh pihak Kolej Kediaman

10.

Membenarkan Pelawat berada di kawasan Kolej Kediaman melebihi masa yang dibenarkan.

Denda RM30.00

Denda RM100.00

11.

Tidak mengosongkan bilik atau berpindah dari tempat tinggal pada tarikh yang ditetapkan.

Denda bayaran sewa harian bagi setiap hari yang pelajar tinggal.

Denda bayaran 3 kali ganda sewa harian bagi setiap hari yang pelajar tinggal.

12.

Tidak memulangkan kunci pada tarikh yang ditetapkan.

Denda RM30.00

Denda RM50.00

13.

Hilang Kunci

Denda RM15.00

Denda RM50.00

14.

Memasang kunci tambahan tanpa kebenaran.

Denda RM30.00

dan

Kunci tersebut dirampas.

Denda RM50.00

dan

Kunci tersebut dirampas.

15.

Memindahkan harta benda Kolej Kediaman dari tempat asalnya tanpa kebenaran pihak Pengurusan Kolej Kediaman.

Denda RM30.00

dan

Pindahkan semula ke tempat asal

Denda RM50.00

dan

Pindahkan semula ke tempat asal

16.

Membawa atau menyimpan makanan yang  tidak halal.

Denda RM20.00

Denda RM50.00

17.

Membawa atau menyimpan makanan yang memabukkan ke dalam rumah penginapan seperti arak, tuak dan sebagainya.

RM100.00

dan

makanan dirampas

Gantung Pengajian selama 1 semster

dan

makanan dirampas

18.

Memelihara haiwan di dalam kawasan Kolej Kediaman

Amaran

 

Denda RM50.00

Dan

Haiwan dirampas.

19.

Melakukan pendawaian haram atau pengubahsuaian yang tidak dibenarkan terhadap kemudahan elektrik dalam rumah kediaman.

Denda RM100.00

Digantung Kolej selama 1 semester.

20.

Melakukan pembaziran elektrik dan air di rumah penginapan.

Denda RM50.00 seorang

Denda RM100.00 seorang

21.

Tidak menggunakan cadar dan sarung bantal pada setiap masa atau menggunakan kain cadar atau sarung bantal yang kotor

Denda RM20.00

Denda RM50.00 setiap kesalahan

22.

Melakukan kegiatan atau perlakuan yang mengganggu ketenteraman Kolej Kediaman

Amaran

 

Denda RM50.00 seorang

23.

Merosakkan atau menyalahgunakan alat pemadam api atau alat pencegahan kebakaran

Denda RM100.00

Digantung Kolej Kediaman 1 Semester


BIL

KESALAHAN

HUKUMAN MINIMA

HUKUMAN MAKSIMA

24.

Memiliki dan menggunakan pemanas air yang diharamkan

Denda RM30.00

dan

Alat dirampas

Denda RM100.00

dan

Alat dirampas

25.

Memiliki atau menggunakan alat elektrik yang tidak dibenarkan selain daripada yang disediakan oleh pihak Kolej Kediaman

Denda RM30.00 setiap alat

dan

Alat dirampas

Denda RM100.00 setiap alat

dan

Alat dirampas

26.

Memiliki senjata-senjata yang berbahaya dan salah disisi undang-undang.

Denda RM50.00 setiap barang

dan

Alat dirampas

Denda RM100.00

atau

Digantung Kolej Kediaman selama 1 Semester .

27.

Mengadakan atau menyertai perkumpulan haram atau aktiviti sosial dalam Kolej Kediaman tanpa kebenaran Pengetua Kolej.

Amaran

Digantung Pengajian

28.

Memasak di kolej kediaman

Denda RM30.00

dan

Alat dirampas

Denda RM100.00

dan

Alat dirampas

29.

Menyalakan api atau melakukan ujikaji dengan menggunakan bahan kimia mudah terbakar dan berbahaya

Denda RM50.00

dan

Alat dirampas

Denda RM100.00

dan

Alat dirampas

30.

Tidak mengemas bilik atau tidak mencuci atau membuang sampah di dalam bilik.

Denda RM30.00

Denda RM50.00 setiap penghuni

31.

Merokok / Sisha  di kawasan larangan

i.       Memiliki

ii.     Menghisap

iii.    Menjual / Mengedar

 

Denda RM30.00

Denda RM50.00

Denda RM50.00

 

Denda RM100.00

Denda RM100.00

Denda RM100.00

32.

Melakukan kegiatan atau upacara pemujaan dalam rumah penginapan

 

Amaran

dan

Keluarkan barang atau alat pemujaan.

Denda RM100.00

dan

Keluarkan barang atau alat pemujaan.

33.

Mencuri atau melakukan peras ugut

Denda RM100.00

Gantung Kolej Kediaman selama 1 Semester

34.

Melakukan kegiatan buli dan “ragging”

Gantung Pengajian

Diberhentikan

35.

Bergaduh

a) Sesama Pelajar

    i . Tanpa senjata

 

 

 

    ii. Dengan senjata

 

 

 

b) Dengan Kakitangan UniMAP   

    atau Orang Awam

    i. Tanpa senjata

    ii. Dengan senjata

 

 

Denda RM 50.00

(Jika berkumpulan setiap seorang)

 

Denda RM 100.00

(Jika berkumpulan setiap seorang)

 

(Ikut laporan jika kes jenayah, ikut keputusan mahkamah) jika tiada laporan polis maka denda RM 100.00

 

 

Gantung Pengajian

 

 

 

Gantung Pengajian

 

 

 

Gantung Pengajian atau Diberhentikan

36.

Mengintai atau melakukan perlakuan yang boleh dianggap persediaan untuk mengintai.

Denda RM50.00

dan

Dirujuk kepada Kaunselor

Denda RM100.00

atau

Gantung Pengajian

37.

Bermain judi atau permainan yang ada unsur pertaruhan

Denda RM100.00 setiap seorang

Gantung Pengajian

38.

Berdua-duaan lelaki dan perempuan di kawasan yang mencurigakan dalam Kolej Kediaman

Amaran

dan

Denda RM100.00

Digantung Kolej selama 1 semester

39.

Melanggar peraturan sahsiah rupa diri (termasuk tidak memakai Kad Pelajar dalam kawasan Universiti)

Amaran

Denda RM100.00

40.

Berkelakuan Biadap atau tidak sopan terhadap Kakitangan Universiti

Amaran

Denda RM100.00

41.

Membawa atau meletak kenderaan di kawasan larangan Kolej.

Denda RM30.00

Denda RM50.00

42.

Membuat ampaian di tempat yang tidak dibenarkan.

Denda RM10.00

Denda RM50.00

43.

Menampal poster tanpa kebenaran Pengetua Kolej Kediaman.

Denda RM30.00

Denda RM100.00

44.

Bermain mercun atau bunga api.

Denda RM50.00

Denda RM100.00

45.

Penyiaran haram, surat layang samaada dalam bentuk cetak dan elektronik.(termasuk secara sistem pesanan ringkas)

Denda RM100.00

Gantung Pengajian

46.

Pelajar lelaki memiliki atau menyimpan pakaian atau alat-alat wanita di dalam rumah penginapan.

Denda RM30.00

 Denda RM50.00

47.

Menjalankan sebarang perniagaan di kolej kediaman tanpa kebenaran.

Amaran

dan

Denda RM30.00

Denda RM50.00

48.

Penyalahgunaan perisian komputer di kolej

Denda RM50.00

Denda RM100.00

49.

Mencuri

i. Harta Rakan

 

ii. Harta UniMAP

 

iii. Harta Kakitangan UniMAP atau Orang Awam

 

Denda RM 100.00

 

Denda RM 100.00

 

Digantung Pengajian

(Jika kes jenayah ikut keputusan mahkamah)

 

Digantung Pengajian

 

Digantung Pengajian

 

Diberhentikan

PERTANYAAN BERKAITAN PENGINAPAN

Sebarang pertanyaan berkaitan Kolej Kediaman sila layari pautan berikut:

https://sites.google.com/unimap.edu.my/pusatperumahan/