PEMERIKSAAN & PENGGREDAN PREMIS
Pemeriksaan dan penggredan ini dilaksanakan dengan mematuhi piawaian yang ketat termasuk memeriksa tahap kebersihan premis, status suntikan anti-typhoid pekerja premis, memeriksa suhu peti sejuk (peti penyimpanan makanan & bahan mentah), perangkap minyak dan lain-lain lagi. Selain dari pemeriksaan yang dijalankan, pengusaha premis turut diberikan nasihat dan penerangan berkaitan isu kebersihan dan keselamatan makanan oleh anggota bertugas di lapangan.
Sijil penarafan gred premis diberikan kepada pengusaha premis makanan berdasarkan kepada tiga bentuk pengiktirafan iaitu Gred A, B & C