News and Event

News and Event (85)

Majlis Penghuni Kolej Kediaman Kompleks Perumahan Pauh Putra telah menganjurkan Kembara Akademik & Khidmat Masyarakat di Medan  Indonesia. Program ini telah dilaksanakan selama lima hari empat malam (2 - 6 Jun 2023) melibatkan 30 pelajar terpilih untuk sesi 2022/2023 manakala tiga orang staf kolej kediaman sebagai pengiring. Program ini mendapat kerjasama daripada Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) melibatkan penyediaan tempat program dan pengangkutan sepanjang di sana. Sepanjang berada di sana, peserta telah melaksanakan beberapa aktiviti utama seperti berikut: 

A) Khidmat Masyarakat di Panti Asuhan Putri Aisyiyah, Medan 

B) Syarahan Akademik bertajuk “Memugar Makna Kesantunan Berbahasa: Analisis Sebuah Lagu Rakyat Dari Sudut Sastera” yang disampaikan Dr. Noriha Basir kepada 38 orang mahasiswa UMSU.  

C) Sumbangan dan lawatan di Kampung Tomok Sumasir, Danau Toba. 

D) Sesi temu bual di UMSU FM melibatkan pengiring dan peserta.  

 

Sesi suai kenal melibatkan mahasiswa UMSU dan UniMAP turut diadakan.  Mereka bertukar-tukar pandangan serta mahasiswa UniMAP mempersembahkan nyanyian lagu Lemak Manis semasa sesi tersebut.   Lawatan di sekitar tempat menarik dan bersejarah seperti Masjid Raya dan Istana Maimon juga diadakan kerana bandar ini terkenal sebagai bandar bersejarah yang unik dan menarik.


Inspection Jawatankuasa Premis Perniagaan UniMAP di Kafeteria-kafeteria Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah Pada 9 Jun 2023

 

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan isu semasa dan penyelenggaraan berkaitan blok penginapan pelajar di Kompleks Perumahan Tan Sri Aishah Ghani, UniMAP Wang Ulu telah diadakan pada 24 Mei 2023 dan dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Rizalafande Bin Che Ismail yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (HEPA). Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil dari Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Hartanah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan wakil dari Syarikat Air Perlis.

 

Pada 12 Mei 2023 Pusat Perumahan Pelajar telah menerima lawatan penanda aras dari Pengurusan Kolej Kediaman Darul Quran JAKIM.
Lawatan penanda aras ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan pengurusan kolej kediaman. Semoga dengan perkongsian pengalaman & pengetahuan yang dikongsikam dapat memberikan manfaat buat kita semua inshaAllah..
 

MESYUARAT INFRA KOLEJ KEDIAMAN KALI KE-3 BIL.2/2023 PADA 11 MEI 2023 BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT KOLEJ KEDIAMAN TUANKU TENGKU FAUZIAH

Mesyuarat Perancangan Penempatan Pelajar Sidang Akademik 2023/2024 bersama wakil-wakil Fakulti dan Pengurusan Akademik telah diadakan pada 5 Mei 2023 bagi membincangkan perancangan penempatan penginapan pelajar- pelajar bagi kemasukan Sidang Akademik 2023/2024.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor HEPA
Sunday, 11 June 2023 16:13

MAJLIS PELANCARAN BAZAR RAMADAN SISWA 2023

Written by
MAJLIS PELANCARAN BAZAR RAMADAN SISWA 2023 ANJURAN MPKK TUNKU ABDUL RAHMAN, PUSAT PERUMAHAN PELAJAR & FAMA NEGERI PERLIS
BAZAR RAMADAN SISWA BERMULA 23 MAC HINGGA 19 APRIL 2023 DI TAPAK PARKIR BAS BERTENTANGAN KOLEJ KEDIAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN
 

SESI PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN SEMESTER 2 SIDANG AKADEMIK 2022/2023 

Kursus Pengurusan Organisasi Majlis Penghuni Kolej Kediaman telah dilaksanakan pada 25 - 27 Februari 2023 bertempat di Pusat Latihan Lang Buana, Kuala Kangsar, Perak. Kem ini disertai 80 orang MPKK dari 6 buah kolej kediaman UniMAP dan dibantu oleh barisan Pengetua, Penolong Pengetua dan Felo. Sebanyak 10 modul telah dilaksanakan antaranya Explorace Challenge, Water Confident, Survival Masterchef, Communication in A Team, Kiamullail dan banyak lagi. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada MPKK untuk menguji daya tahan mental dan fizikal bagi aktiviti di luar kampus. Syabas kepada semua.

Page 1 of 7