News and Event

News and Event (88)

Majlis Penghuni Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah (KKTTF) telah menganjurkan Jelajah Bukit Tok Dun pada 02 MAC 2019. Ia merupakan aktiviti berbentuk riadah yang dianjurkan oleh MPKK KKTTF di samping pelbagai bentuk aktiviti yang dianjurkan oleh pemimpin pelajar peringkat kolej kediaman. Para peserta yang hadir terdiri dari Penghuni Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah (KKTTF) seramai 57 orang pelajar yang turut disertai pelajar-pelajar antarabangsa dari Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah yang mewakili International Students Club Of UniMAP (ISCU).

Jelajah seperti ini telah memberi impak kepada pelajar untuk mendekatkan diri kepada alam sekitar, sekaligus dapat memberi kesedaran kepada pelajar untuk menjaga alam sekitar. Para peserta menyertai program ini dengan penuh semangat kerana ia dapat membina kecergasan fizikal dan mental.Program ini juga telah merapatkan ukhuwah antara Majlis Penghuni Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah(MPKKTTF) dengan pelajar-pelajar di Kolej Kediaman.

Majis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK) Kolej Kediaman UniCITI ALAM  dengan Kerjasama Sahabat Pusat Islam  Telah Menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah  pada 22 FEB 2019 di Surau Saodah . 

Wednesday, 27 March 2019 11:12

Earth Hour @ Kolej Kediaman

Written by

Pada 30 Mac 2019 akan datang, Pihak Pengurusan Kolej Kediaman UniMAP akan Menganjurkan Program Earth HourProgram ini diadakan di peringkat kolej kediaman adalah sebagai tanda bahawa pelajar-pelajar juga menyokong usaha murni WWF terhadap usaha pemeliharaan planet Bumi. Program ini akan dijalankan pada 8.30 Malam Hingga 9.30 Malam di Semua Bilik Penginapan Pelajar di Kolej Kediaman UniMAP.

 

 

Monday, 27 August 2018 11:24

Sesi Pendaftaran Kolej Kediaman MSK 2018/2019

Written by

Sesi Pendaftaran Pelajar Baru 2018/2019 telah diadakan pada 27 Ogos 2018 melibatkan 4 Buah Kolej Kediaman iaitu Kolej Kediaman Pauh Putra, Kolej Kediaman Tun Abdul Razak, Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman dan  Kolej Kediaman UniCITI ALAM. Pendaftaran adalah melibatkan anggaran pelajar seramai 2,600 orang pelajar.

 

 

Tuesday, 31 July 2018 11:19

MAJLIS MEMASAK BUBUR LAMBUK KOLEJ KEDIAMAN

Written by

Majlis Memasak BuburLambuk peringkat UniMAP telah diadakan bertempat di Kolej Kediaman Tun Abdul Razak pada 23 Mei 2018 yang lalu. Program ini adalah melibatkan gabungan beberapa PTJ bagi  menyiapkan 2,000 bubur lambuk untuk  diedarkan kepada staf dan para pelajaryang menginap di  Kolej Kediaman UniMAP.  Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Naib Canselor UniMAP.

MPKK Kolej Kediaman UniCITI ALAM telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat bertempat di Tay Ninh & Ho Chi Minh, vietnam. Program ini telah melibatkan perserta daripada Kolej Kediaman UniCITI ALAM dan Pegawai Perubatan UniMAP. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah Program Berkhatan anak-anak muslim yang  tinggal di beberapa perkampungan di Vietnam.

 

Tuesday, 31 July 2018 10:57

MAJLIS BERBUKA PUASA TNC HEPA BERSAMA MPKK

Written by

Pihak Pengurusan  Kolej Kediaman telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa TNC HEPA bersama-sama barisan Majlis Penghuni Kolej Kediaman. Majlis berbuka puasa ini diadakan setiap minggu sepanjang bulan ramadhan bagi menghargai khidmat serta bakti pelajar MPKK serta dapat mengeratkan hubungan di antara pihak pengurusan kolej kediaman dan pelajar MPKK.

 

 

Sesi perjumpaan antara pengetua, penolong pengetua, mpkk dan sabahat-sahabat MPKK bersama dengan pelajar-pelajar di Kolej Tunku Abdul Rahman (PFI1) telah dianjurkan olej Majlis Penghuni Kolej Kediaman UniCITI ALAM yang telah berlangsung pada 15 Mac 2018 bertempat di Ruang Kafeteria Kolej Kediaman tersebut .

 

Program Pesta Pongal Kolej Kediaman telah dianjurkan olej Majlis Penghuni Kolej Kediaman UniCITI ALAM yang telah berlangsung pada 11 Mac 2018 bertempat  di Kawasan Pakir Asrama di Kolej Kediaman terlibat.
 
 

 

 

Permohonan bagi Perkhidmatan Kafeteria dan Premis Perniagaan UniMAP adalah dibuka sepanjang tahun kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk membuat permohonan. Pihak UniMAP akan menghubungi pihak syarikat yang memohon untuk temuduga  sekiranya terdapat kekosongan lot perniagaan di UniMAP

Tajuk Tawaran

TAWARAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DAN PREMIS PERNIAGAAN DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) 

Syarat Kelayakan

 

1.    Warganegara Malaysia

2.     Berdaftar Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

3.     Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Malaysia (Sekiranya Ada)

4.     Sijil Perakuan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia Dan Kementerian Kewangan Malaysia Yang Masih Sah Sekurang-Kurangnya Dalam Tempoh 6 Bulan Dari Tarikh Iklan Ini Dikeluarkan

Borang Permohonan

 

Boleh Didapati / Diambil Di :

Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman Tun Abdullah Ahmad Badawi (KKI)

Kampus UniMAP, Simpang Empat, Perlis

Pejabat Majlis Pengurusan Kolej Kediaman (RPO)

Kolej Kediaman PFI2, Kampus UniMAP Pauh Putra

Maklumat Yang Perlu Dihantar Bersama

 

Profile Syarikat (3 Salinan)

1.     Salinan SSM Yang Lengkap

2.     Salinan Kad Pengenalan Pemilik Syarikat

3.     Sijil – Sijil Berkaiatan Pengurusan Makan dan Berkaitan Dengan Jenis Perniagaan Yang Dipohon (Sekiranya Ada)

4.     Pengalaman Menjalankan Perniagaan (Sekiranya Ada)

5.     Proposal Lengkap (Senarai Makanan / Perkhidmatan  Yang Dipohon Beserta Senarai Harga Dan Gambar Makanan / Perkhidmatan)

Tarikh Buka & Tutup Permohonan

Sepanjang Tahun

Lokasi

Seluruh Kampus UniMAP ( Bergantung Kepada Kekosongan Lot Perniagaan)

Jenis Perniagaan

Lot Kafeteria
Lot Gerai 
Lot (Mini Market/Kedai Roti & Kek, Alat Tulis)
Mesin Layan Diri ( Dobi, RO Water. Air Tin)

Sebarang Pertanyaan  019-5796343 ( En.  Radzuan) / 0107863844 (En. Azlan)

 

 

Page 6 of 7