Pihak Pengurusan Kolej Kediaman telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa TNC HEPA bersama-sama barisan Majlis Penghuni Kolej Kediaman. Majlis berbuka puasa ini diadakan setiap minggu sepanjang bulan ramadhan bagi menghargai khidmat serta bakti pelajar MPKK serta dapat mengeratkan hubungan di antara pihak pengurusan kolej kediaman dan pelajar MPKK.