Majlis Penghuni Kolej Kediaman Kompleks Perumahan Pauh Putra telah menganjurkan Kembara Akademik & Khidmat Masyarakat di Medan Indonesia. Program ini telah dilaksanakan selama lima hari empat malam (2 - 6 Jun 2023) melibatkan 30 pelajar terpilih untuk sesi 2022/2023 manakala tiga orang staf kolej kediaman sebagai pengiring. Program ini mendapat kerjasama daripada Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) melibatkan penyediaan tempat program dan pengangkutan sepanjang di sana. Sepanjang berada di sana, peserta telah melaksanakan beberapa aktiviti utama seperti berikut:
A) Khidmat Masyarakat di Panti Asuhan Putri Aisyiyah, Medan
B) Syarahan Akademik bertajuk “Memugar Makna Kesantunan Berbahasa: Analisis Sebuah Lagu Rakyat Dari Sudut Sastera” yang disampaikan Dr. Noriha Basir kepada 38 orang mahasiswa UMSU.
C) Sumbangan dan lawatan di Kampung Tomok Sumasir, Danau Toba.
D) Sesi temu bual di UMSU FM melibatkan pengiring dan peserta.
Sesi suai kenal melibatkan mahasiswa UMSU dan UniMAP turut diadakan. Mereka bertukar-tukar pandangan serta mahasiswa UniMAP mempersembahkan nyanyian lagu Lemak Manis semasa sesi tersebut. Lawatan di sekitar tempat menarik dan bersejarah seperti Masjid Raya dan Istana Maimon juga diadakan kerana bandar ini terkenal sebagai bandar bersejarah yang unik dan menarik.