Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan isu semasa dan penyelenggaraan berkaitan blok penginapan pelajar di Kompleks Perumahan Tan Sri Aishah Ghani, UniMAP Wang Ulu telah diadakan pada 24 Mei 2023 dan dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Rizalafande Bin Che Ismail yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (HEPA). Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil dari Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Hartanah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan wakil dari Syarikat Air Perlis.