Saturday, 10 December 2022 19:34

MAJLIS RAMAH MESRA & PENGHARGAAN PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (PPP)

Written by
Rate this item
(0 votes)

Satu pertemuan yang dinamakan Majlis Ramah Mesra dan Penghargaan Pusat Perumahan Pelajar diadakan antara Pengarah yang baru dilantik bersama warga Pusat Perumahan Pelajar bertujuan mengenali sesama sendiri dengan lebih rapat dalam usaha merapatkan silaturahim sesama staf. Majlis ini turut memaklumkan hasrat & matlamat Pengarah berdasarkan kepada amanah yang diberikan oleh Pengurusan Tertinggi UniMAP.

Di samping itu, majlis ini turut diserikan dengan memberi penghargaan dan penghormatan atas jasa, budi & bakti yang dicurahkan oleh mantan Pengarah dan mantan staf Pusat Perumahan Pelajar.

Walaupun jarak kerja antara staf mungkin terbatas, namun ikatan kekeluargaan sesama staf akan sentiasa terjalin.

Salam Kasih & Rindu dari kami warga Pusat Perumahan Pelajar

 
Read 133 times Last modified on Saturday, 10 December 2022 20:01