Sunday, 03 July 2022 18:01

KURSUS ASAS KOMUNIKASI BAHASA INGGERIS

Written by
Rate this item
(0 votes)
Pusat Perumahan Pelajar dengan kerjasama Pusat Sains Liberal telah menganjurkan Kursus Asas Komunikasi Bahasa Inggeris kepada staf berkumpulan pelaksana iaitu daripada Gred 22 dan ke bawah di bawah pentadbiran Pusat Perumahan Pelajar. Kursus ini diadakan pada 2hb Jun 2022 di Bilik Seri Cemerlang 1, Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra.
Dengan khidmat bantuan dan kepakaran tenaga pengajar UniMAP dari Pusat Sains Liberal iaitu Mr. Robert E. Litowski dan En. Jasin Abdullah, kursus ini menekankan aspek komunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan lebih baik dan mudah difahami sewaktu berurusan dengan pemegang taruh UniMAP. Ia juga adalah salah satu Key Performance Index yang ditetapkan oleh Pengurusan Tertinggi UniMAP bagi meningkat tahap pengetahuan dan interaksi staf UniMAP.
 
Read 269 times