Demi merencanakan pemantapan Pusat Perumahan Pelajar ke arah yang lebih baik, satu bengkel dalaman membincangkan perancangan strategik Pusat Perumahan Pelajar bagi tahun 2022 di bawah teras Kesejahteraan Pelajar UniMAP 2025.
Antara perkara yang ditekankan adalah
a) Menyediakan tempat penginapan pelajar yang kondusif & fasiliti lengkap
b) Penambahbaikan mutu perkhidmatan & kepuasan pelanggan
c) Pelaksanaan aktiviti kesukarelawan, keusahawanan & pemantapan sahsiah diri pelajar
Bengkel ini telah dijalankan pada 5hb Januari 2022 bertempat di Bilik Seri Cemerlang 1, Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah UniMAP, Kampus Pauh Putra. Ia dikelolakan oleh En Mohd Syamril Aklmar Che Kassim & penglibatan staf-staf hakiki serta lantikan Pusat Perumahan Pelajar UniMAP.