Bagi mengaplikasikan ekonomi digital, UniMAP telah mengambil langkah meningkatkan platform e-Pembayaran (cashless payment) sekaligus menggerakkan universiti ke arah persekitaran kampus tanpa tunai atau cashless campus.
Terimaan tanpa tunai (e-pembayaran) merupakan komponen kritikal dalam ekonomi digital yang semakin meningkat kerana ia dapat meningkatkan produktiviti dan kos lebih efektif.
Sesi taklimat ini telah diadakan pada 16hb Disember 2021 bertempat di Bilik Seri Cemerlang 1, Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah, UniMAP, Kampus Pauh Putra. Ia disampaikan oleh pihak Payment Network Sdn. Bhd. (PayNet) bagi pelaksanaan kempen persekitaran kampus tanpa tunai yang dihadiri oleh beberapa Pusat Tanggungjawab dan pengusaha-pengusaha premis perniagaan UniMAP.