Sunday, 03 July 2022 17:54

BUBUR LAMBUK ZON PAUH SEMPENA IHYA' RAMADAN

Written by
Rate this item
(0 votes)
Acara tahunan penyediaan dan agihan bubur lambuk sempena menyambut Ramadan yang acapkali diadakan dalam menyemarakkan semangat kekeluargaan di kalangan warga UniMAP.
Pusat Perumahan Pelajar diketuai oleh Pengetua KKTAR (En Mohd Syamril Aklmar Che Kassim) dengan kerjasama Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) ditugaskan mengendalikan acara tahunan ini, hasil sumbangan daripada Dato' Dr. Fathul Bari Mat Jahya. Program agihan bubur lambuk dilaksanakan di Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman (KKTAR) pada 13hb April 2022 untuk diedarkan kepada warga UniMAP di Kampus Pauh Putra.
InsyaAllah program ini akan diadakan lagi dalam bulan Ramadan ini KHAS untuk warga UniMAP bagi menikmati hidangan bubur lambuk sebagai salah satu juadah berbuka puasa.
 
 
 
 
 
 
 
Read 321 times Last modified on Sunday, 03 July 2022 17:56