Monday, 13 May 2019 11:34

BENGKEL PENGURUSAN KESIHATAN MENTAL DAN PENYALAHGUNAAN DADAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

Majlis Pengurusan Kolej Kediaman UniMAP dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Kesihatan Mental dan Penyalahgunaan Dadah. Program telah berlangsung   pada 6  April 2019.  Program telah dirasmikan oleh YBhg. Daro' Profesor Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Naib Canselor UniMAP.  Seramai  123 orang peserta  telah menyertai program ini. Melalui program ini   telah memberi kesedaran kepada staf dan juga pelajar tentang pentingnya untuk  mendalami ilmu berkaiatan Pengurusan Kesihatan Mental dan Penyalahgunaan Dadah . Ianya adalah penting untuk warga kerja UniMAP yang selalu hubungan langsung dengan para pelajar mempunyai kemahiran asas bagi menganalisis dan mengenalpasti pelajar yang mempunyai masalah kesihatan mental dan pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan di dalam kampus UniMAP. 

Read 1097 times Last modified on Monday, 13 May 2019 12:00