News and Event

News and Event (85)

SESI MEET & GREET BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI)

Barisan Pengurusan Pusat Perumahan Pelajar merangkumi Pengarah, Pengetua-Pengetua & Penolong-Penolong Pengetua telah mengadakan sesi Meet & Greet Bersama TNC (HEPA), UniMAP pada 5 Oktober 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah.

Pertemuan ini diadakan oleh TNC HEPA UniMAP memaklumkan matlamat dan hala tuju Pusat Perumahan Pelajar untuk memfokuskan kepada kebajikan pelajar supaya aspek pembelajaran di kampus UniMAP dapat disalurkan dengan sebaiknya tanpa mengira agama dan bangsa seterusnya mencapai matlamat utama UniMAP dalam usaha melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang dapat direalisasikan sepanjang pengajian di kampus UniMAP.

 

Satu pertemuan yang dinamakan Majlis Ramah Mesra dan Penghargaan Pusat Perumahan Pelajar diadakan antara Pengarah yang baru dilantik bersama warga Pusat Perumahan Pelajar bertujuan mengenali sesama sendiri dengan lebih rapat dalam usaha merapatkan silaturahim sesama staf. Majlis ini turut memaklumkan hasrat & matlamat Pengarah berdasarkan kepada amanah yang diberikan oleh Pengurusan Tertinggi UniMAP.

Di samping itu, majlis ini turut diserikan dengan memberi penghargaan dan penghormatan atas jasa, budi & bakti yang dicurahkan oleh mantan Pengarah dan mantan staf Pusat Perumahan Pelajar.

Walaupun jarak kerja antara staf mungkin terbatas, namun ikatan kekeluargaan sesama staf akan sentiasa terjalin.

Salam Kasih & Rindu dari kami warga Pusat Perumahan Pelajar

 
Sunday, 03 July 2022 18:01

KURSUS ASAS KOMUNIKASI BAHASA INGGERIS

Written by
Pusat Perumahan Pelajar dengan kerjasama Pusat Sains Liberal telah menganjurkan Kursus Asas Komunikasi Bahasa Inggeris kepada staf berkumpulan pelaksana iaitu daripada Gred 22 dan ke bawah di bawah pentadbiran Pusat Perumahan Pelajar. Kursus ini diadakan pada 2hb Jun 2022 di Bilik Seri Cemerlang 1, Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra.
Dengan khidmat bantuan dan kepakaran tenaga pengajar UniMAP dari Pusat Sains Liberal iaitu Mr. Robert E. Litowski dan En. Jasin Abdullah, kursus ini menekankan aspek komunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan lebih baik dan mudah difahami sewaktu berurusan dengan pemegang taruh UniMAP. Ia juga adalah salah satu Key Performance Index yang ditetapkan oleh Pengurusan Tertinggi UniMAP bagi meningkat tahap pengetahuan dan interaksi staf UniMAP.
 
Tanggal 23 Syawal 1443H dalam meraikan kehangatan hari raya Aidilfitri setelah pengumuman Kerajaan menempuh fasa endemik, kelab KAWAN Pusat Perumahan Pelajar (PPP) telah menganjurkan Majlis Riang Raya Aidilfitri PPP bertempat di Ruang Kafeteria, Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman (KKTAR), Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra.
Turut diraikan adalah Majlis Penghargaan kepada staf UniMAP yang pernah berkhidmat di PPP iaitu En Anand Weerad Chamrong, En Johanis Zakaria, En Anas Fahmi Halim & Pn Aziemah Sabu yanh bertukar jabatan setelah mereka terpilih dalam penggiliran staf UniMAP pada pertengahan bulan April lepas.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), YBhg. Prof. Dr. Mohd Fo'ad Sakdan, Penasihat Undang-Undang, YBhg. En Zainudin Zainon, rakan-rakan dari Pusat Tanggungjawab UniMAP, Pengetua-Pengetua & Penolong-Penolong Pengetua Kolej Kediaman, staf PPP, Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Penghuni Kolej Kediaman, Felo-Felo dan penghuni-penghuni KKTAR.
Bagi memastikan keindahan sambutan Majlis Riang Raya Aidilfitri PPP sentiasa meriah, Pusat Kebudayaan (PKeBu) UniMAP yang diketuai oleh En Libren dan rakan-rakan PKeBu telah mengalunkan suara-suara lunak dengan nyanyian Lagu Raya Aidilfitri di samping staf PPP turut menyumbang suara emas mereka.
Di kesempatan ini juga, Kelab KAWAN PPP mewakili Pusat Perumahan Pelajar UniMAP ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
 
 
 
 
Sunday, 03 July 2022 17:54

BUBUR LAMBUK ZON PAUH SEMPENA IHYA' RAMADAN

Written by
Acara tahunan penyediaan dan agihan bubur lambuk sempena menyambut Ramadan yang acapkali diadakan dalam menyemarakkan semangat kekeluargaan di kalangan warga UniMAP.
Pusat Perumahan Pelajar diketuai oleh Pengetua KKTAR (En Mohd Syamril Aklmar Che Kassim) dengan kerjasama Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) ditugaskan mengendalikan acara tahunan ini, hasil sumbangan daripada Dato' Dr. Fathul Bari Mat Jahya. Program agihan bubur lambuk dilaksanakan di Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman (KKTAR) pada 13hb April 2022 untuk diedarkan kepada warga UniMAP di Kampus Pauh Putra.
InsyaAllah program ini akan diadakan lagi dalam bulan Ramadan ini KHAS untuk warga UniMAP bagi menikmati hidangan bubur lambuk sebagai salah satu juadah berbuka puasa.
 
 
 
 
 
 
 
usat Perumahan Pelajar UniMAP menganjurkan program Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi (KPO) kepada Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK) UniMAP yang baru dilantik baru-baru ini. Program ini telah dilaksanakan pada 31hb Mac - 1hb April 2022 bertempat di Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra.
Penganjuran program ini adalah platform memupuk dan membina sifat kepimpinan MPKK UniMAP serta mampu mempersiapkan dan memperlengkapkan diri dengan ilmu kepimpinan dan pengurusan organisasi.
Dengan program sebegini dapat menjadikan MPKK UniMAP berdaya saing dan mampu membantu Pusat Perumahan Pelajar dalam usaha menjaga kebajikan pelajar UniMAP. Tahniah MPKK UniMAP. Jalankan amanah dan tanggungjawab anda sebaik mungkin. MPKK UniMAP
Mantap
!!!
 
 
Sunday, 03 July 2022 17:45

1 KOLEJ, 1 PRODUK

Written by
Majlis Perasmian DT Barber Shop di Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman (KKTAR)
Projek ini diletakkan di bawah KPI Pusat Perumahan Pelajar (PPP) bagi tahun 2022 dan dikawal selia oleh barisan MPKK. Di bawah Teras Kesejahteraan Pelajar (OS3) iaitu Kemampanan Ekosistem Keusahawanan, pihak KKTAR telah melancarkan produk DT Barber Shop (kedai gunting rambut pertama di UniMAP). YBhg Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan (TNC HEPA UniMAP) telah merasmikan DT Barber Shop pada 17 Mac 2022.
DT Barber Shop beroperasi di Kafe KKTAR dan diusahakan oleh saudara Danial Talal (pelajar tahun 3, Diploma Kejuruteraan Mikroelektronik)

 
Demi merencanakan pemantapan Pusat Perumahan Pelajar ke arah yang lebih baik, satu bengkel dalaman membincangkan perancangan strategik Pusat Perumahan Pelajar bagi tahun 2022 di bawah teras Kesejahteraan Pelajar UniMAP 2025.
Antara perkara yang ditekankan adalah
a) Menyediakan tempat penginapan pelajar yang kondusif & fasiliti lengkap
b) Penambahbaikan mutu perkhidmatan & kepuasan pelanggan
c) Pelaksanaan aktiviti kesukarelawan, keusahawanan & pemantapan sahsiah diri pelajar
Bengkel ini telah dijalankan pada 5hb Januari 2022 bertempat di Bilik Seri Cemerlang 1, Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah UniMAP, Kampus Pauh Putra. Ia dikelolakan oleh En Mohd Syamril Aklmar Che Kassim & penglibatan staf-staf hakiki serta lantikan Pusat Perumahan Pelajar UniMAP.
 
 
Bagi mengaplikasikan ekonomi digital, UniMAP telah mengambil langkah meningkatkan platform e-Pembayaran (cashless payment) sekaligus menggerakkan universiti ke arah persekitaran kampus tanpa tunai atau​ ​cashless campus.
Terimaan tanpa tunai (e-pembayaran) merupakan​ ​komponen kritikal dalam ekonomi digital yang semakin meningkat kerana​ ​ia dapat meningkatkan produktiviti dan kos lebih efektif.

 

Sesi taklimat ini telah diadakan pada 16hb Disember 2021 bertempat di Bilik Seri Cemerlang 1, Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah, UniMAP, Kampus Pauh Putra. Ia disampaikan oleh pihak Payment Network Sdn. Bhd. (PayNet) bagi pelaksanaan kempen persekitaran kampus tanpa tunai yang dihadiri oleh beberapa Pusat Tanggungjawab dan pengusaha-pengusaha premis perniagaan UniMAP.
 
 
 

TRANTSAKPERLISSI TANPA TUNAI DI KOLEJ KEDIAMAN / KOMPLEKS PERUMAHAN

UNIVERSII MALAYSIA 

Page 3 of 7