Print this page
Wednesday, 27 March 2019 11:56

JELAJAH BUKIT TOK DUN MPKK ANJURAN TUANKU TENGKU FAUZIAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

Majlis Penghuni Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah (KKTTF) telah menganjurkan Jelajah Bukit Tok Dun pada 02 MAC 2019. Ia merupakan aktiviti berbentuk riadah yang dianjurkan oleh MPKK KKTTF di samping pelbagai bentuk aktiviti yang dianjurkan oleh pemimpin pelajar peringkat kolej kediaman. Para peserta yang hadir terdiri dari Penghuni Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah (KKTTF) seramai 57 orang pelajar yang turut disertai pelajar-pelajar antarabangsa dari Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah yang mewakili International Students Club Of UniMAP (ISCU).

Jelajah seperti ini telah memberi impak kepada pelajar untuk mendekatkan diri kepada alam sekitar, sekaligus dapat memberi kesedaran kepada pelajar untuk menjaga alam sekitar. Para peserta menyertai program ini dengan penuh semangat kerana ia dapat membina kecergasan fizikal dan mental.Program ini juga telah merapatkan ukhuwah antara Majlis Penghuni Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah(MPKKTTF) dengan pelajar-pelajar di Kolej Kediaman.

Read 1154 times Last modified on Wednesday, 27 March 2019 13:53
Hostel Admin

Latest from Hostel Admin