Director of Centre for Information and Communication Technology (CICT)
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T, Tuhan sekelian alam. Selawat dan
Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, Rasul pesuruh Allah.
Alhamdulillah, dengan keizinan dariNya, Buku Laporan Tahunan Kolej Kediaman UniMAP bagi tahun 2016 ini berjaya disiapkan untuk tatapan semua warga Universiti Malaysia Perlis khususnya dan pembaca secara umumnya. Buku laporan tahunan kali ini akan menerangkan laporan aktiviti serta program-program yang telah berlangsung sepanjang tahun 2016.
Di harapkan buku laporan tahunan ini akan dapat memberi informasi kepada semua warga Universiti Malaysia Perlis, ibubapa dan anggota masyarakat keseluruhannya dalam usaha Kolej Kediaman menjadi infrastruktur yang selesa dan kondusif kepada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Perlis amnya.
Akhir kata dari saya,semoga Buku Laporan Tahunan Kolej Kediaman ini juga akan menjadi asas penting kepada peningkatan kecemerlangan berterusan pada masa-masa akan datang.
Sekian, terima kasih.